Kehidupan awal dan kerjaya Tiara_Jacquelina

Dilahirkan sebagai Jacqueline Eu pada 3 Oktober 1967 dan berdarah campuran dari keturunan Myanmar, Melayu Indonesia dan Cina. Beliau mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah arahan Saw Teong Hin - Puteri Gunung Ledang, yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga penyanyi lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak ASD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia.[3] Puteri Gunung Ledang telah diserahkan kepada Anugerah Akademi ke-49 bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.[4]

Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, Beyond Rangoon (1995). Di Festival Filem Malaysia ke-12, beliau telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, Ringgit Kasorrga, sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang ahli politik dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih di Anugerah Oskar keempat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (kini Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia) pada tahun 2005.[5]

Sejak muda lagi, Tiara suka melibatkan diri dalam kesenian, dan semasa bersekolah, dia telah mengambil bahagian dalam Persatuan Sandiwara[6] dan Persatuan Kesusasteraan,[7] dan juga pernah menjadi Presiden Persatuan Filem.[8] Beliau gemar menunggang kuda dengan keluarganya sebagai hiburan,[9] dan juga gemar akan makanan yang lazat, dan lukisan. Tiara, yang kini bergelar Datin Seri, mempunyai dua orang anak.

Beliau turut memegang watak utama sebagai Hanna dalam filem Lukisan Berlumur Darah pada tahun 1988.[10]

Rujukan

WikiPedia: Tiara_Jacquelina http://www.imdb.com/name/nm0415103/ http://www.indonesianfilmcenter.com/pages/filminfo... http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/20... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/10... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.thesundaily.my/node/168803 http://www.limkokwing.net/media/news/tiara_jacquel... https://my.asiatatler.com/society/puan-sri-tiara-j... https://enfinitiacademy.wordpress.com/about/